🚨 20 KONTENA SISA BUANGAN DIKESAN DI PELABUHAN KLANG

18 Feb 2026

(Info Ringkas)

Smart Enforcement Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) terus memperkukuh keselamatan pintu masuk negara.

PELABUHAN KLANG, 16 Februari β€” Sebanyak 20 kontena mengandungi sisa buangan berjaya dikesan hasil pemeriksaan strategik AKPS di Pelabuhan Klang. Daripada jumlah tersebut, 3 kontena dikenal pasti membawa sisa elektronik (e-waste) manakala 17 kontena lagi mengandungi sisa plastik dengan jumlah berat keseluruhan 61,741 kilogram.

πŸ’¬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

β€œKDN akan terus memperkukuh kawalan sempadan negara melalui pendekatan Smart Enforcement yang berteknologi, berintegriti dan berorientasikan keselamatan rakyat. Sebarang cubaan membawa masuk bahan terlarang atau berbahaya akan ditangani dengan tegas selaras peruntukan undang-undang sedia ada.”

  • YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Tindakan pantas ini mencerminkan pendekatan Smart Enforcement KDN yang bersepadu dalam mengekang kemasukan sisa buangan haram, sekali gus melindungi kesejahteraan rakyat serta alam sekitar negara.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dan tindakan sewajarnya akan diambil.

SmartEnforcementKDN #AKPS #KawalanSempadan #MalaysiaMADANI #KeselamatanNegara #PelabuhanKlang #PenguatkuasaanBersepadu #KDN

Sumber: Kenyataan Media Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), 16 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *