




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 FEB 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim hadir bersama masyarakat Hindu yang meraikan perayaan Pongal di Tanjung Rambutan, Ipoh.
Dalam perkongsian di FB, Anwar berkata beliau turut menyampaikan bahawa negara ini mesti terus aman dan menjunjung kedaulatan undang-undang, dan segala permasalahan memerlukan penanganan secara berhemah, bukan dengan terus memicu pertelingkahan.
“Seperti banyak isu warisan lain yang Kerajaan MADANI telah selesaikan, isu tempat ibadat yang dibina secara tidak sah ini juga akan diselesaikan dengan berani, bijaksana serta tuntas tanpa mengorbankan keamanan yang telah lama terbina,” tambah beliau. – JM
