

11 Feb 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia melonjak ke kedudukan 54, mencerminkan usaha Kerajaan MADANI memerangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara.
Jelas PMX , peningkatan ini antaranya didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas SPRM, PDRM, LHDN dan JKDM, termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam.
Beliau berkata, kerajaan MADANI juga tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.
Ujar beliau tindakan tegas terhadap salah laku dan penyelewengan dalam sektor pertahanan, di samping pembongkaran kartel serta rasuah berprofil tinggi, menegaskan prinsip bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang.
Katanya, pencapaian ini juga adalah peringatan untuk kita menggandakan usaha memerangi rasuah secara konsisten dan berani, demi memulihkan keyakinan rakyat serta memastikan amanah negara terus dipertahankan.
