Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta di KLIA berjaya digagalkan – AKPS

Wartawan JM
7 FEB. 2026

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan mata wang asing bernilai kira-kira RM2.4 juta dalam satu operasi pemeriksaan di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA Terminal 1, semalam.

Kenyataan media AKPS memaklumkan bahawa tangkapan dibuat pada 6 Februari 2026, antara pukul 10.30 pagi hingga 1.00 petang, melibatkan seorang lelaki warga asing yang tiba menaiki penerbangan Batik Air.

Pemeriksaan melalui mesin pengimbas bagasi mendapati imej mencurigakan sebelum penumpang diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam.

Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam bungkusan pakaian baharu.

PELBAGAI MATA WANG

Nilai rampasan dianggarkan hampir RM2.4 juta melibatkan pelbagai mata wang negara luar selain tiga beg bagasi, dua unit telefon bimbit dan sebuah beg “pouch”.

Kes disiasat di bawah Seksyen 28, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta
613).

Suspek telah ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegah Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut.

AKPS KLIA menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *