



Oleh: Sholina Osman
6 FEB. 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua “one off” kini muncul lagi sebagai membuktikan keadilan kerajaan pemerintahan PMX untuk meneruskan komitmen dengan “menghadiahkan” RM100 untuk 22 juta rakyatnya yang berusia 18 tahun ke atas.
Mulai 9 Februari ini, golongan ini akan berpeluang membeli barangan keperluan asas dengan SARA.
Tinjauan Wartawan Jendela Madani di sekitar Perlis mendapati rata-rata warga negeri ini telah membuat semakan SARA “one off” ini mulai semalam (5 Februari) dan masing-masing dapat RM100 dan hanya menunggu masa untuk mula berbelanja.
RM100 AMAT BERMAKNA
“Terima kasih PMX, SARA RM100 amat bermakna kepada kami sebagai rakyat Malaysia ” kata Anis Aleeya
Hashim, 28.
“Bagi saya yang masih bujang ini RM100 itu adalah banyak serta boleh digunakan untuk membeli beraneka barangan antaranya untuk makanan seperti mee segera, biskut serta barang mandian,” kata beliau.
Beliau bersyukur menerima SARA “one off” bagi kali kedua ini yakin kerajaan diterajui PMX akan terus mendapat sokongan rakyat.
ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN
Mohd Saifullah Jaraih, 38 berterima kasih atas keprihatinan kerajaan PMX yang memberikan RM100 untuk semua sebagai perhargaan ke atas rakyat.
“Saya akan membeli barang keperluan seperti beras, minyak masak dan sebagainya sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan dapur kali ini,” ujar beliau.
Beliau berkata, pemberian SARA RM100 oleh kerajaan Madani ini seharusnya dihargai setiap rakyat yang menerimanya.
PERSIAPAN MENYAMBUT RAMASAN
“Saya akan gunakan SARA RM100 ini bagi membeli barang keperluan sebagai persiapan menyambut Ramadan,” Alia Farhana Anuar, 40.
Beliau berkata pemberian ini adalah pada masa yang sesuai kerana biasanya perbelanjaan barang dapur menjadi lebih tinggi berbanding bulan-bulan biasa.
Jelas beliau ini membuktikan keadilan dalam kerajaan Madani untuk memastikan setiap rakyatnya menikmati kesenangan secara bersama. – JM
