




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
24 JAN. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah setempat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Beliau mendengar khutbah bertajuk βKewangan Islam: Harta Bersih, Hidup Berkatβ yang sarat dengan peringatan dan renungan bermakna.
“Khutbah menekankan bahawa sistem kewangan Islam dibangunkan berteraskan keadilan, ketelusan dan etika, agar kekayaan tidak berlegar dalam kalangan tertentu sahaja serta hak semua pihak terus terpelihara,” kata beliau dalam perkongsian di FB.
SEKADAR KETETAPAN HUKUM
Anwar berkata panduan ini bukan sekadar ketetapan hukum, malah bertujuan melindungi umat daripada ketidakadilan, penipuan dan penindasan dalam urusan muamalat.
“Usai solat, saya berkesempatan bersalaman dan bertukar salam dengan para jemaah sebelum pulang ke pejabat untuk meneruskan tugasan rasmi seterusnya,” tambah beliau. – JM
