Tiada warga Malaysia terlibat insiden perlanggaran kereta api di Sepanyol – Wisma Putra

Oleh: Sholina Osman
22 JAN. 2026

Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden perlanggaran kereta api berkelajuan tinggi di Cรณrdoba, Sepanyol pada 18 Januari lalu.

Kenyataan media Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali Wisma Putra memaklumkan bahawa ia adalah berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak berkuasa Sepanyol.

Bagaimanapun pihak kementerian akan terus memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini jika perlu.

Susulan insiden tersebut, Kedutaan Besar Malaysia di Madrid telah melaksanakan usaha bersepadu bagi mengesahkan kemungkinan penglibatan warganegara Malaysia.

Usaha ini telah dilaksanakan menerusi libat urus secara langsung dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *