LaLaport Bukit Bintang sebagai Hab Pengangkutan Bas Ekspres Bandar

22 Jan 2026

LaLaport Bukit Bintang City Centre dicadangkan sebagai salah satu Pusat Pengangkutan Bas Terminal Bas Ekspres Terhad bagi laluan Singapura–Kuala Lumpur dan sebaliknya, selaras dengan usaha memperkukuh kesalinghubungan pengangkutan awam negara.

Terminal bas ini dikendalikan oleh Asia Success Resources Sdn. Bhd. (ASR) dengan kapasiti:
▪️ 11 bay bas
▪️ Sehingga 480 perjalanan sehari
▪️ 20 bas setiap jam
▪️ 15 minit masa peruntukan bagi setiap bas

Terletak strategik di Bukit Bintang, terminal ini berintegrasi terus dengan Stesen Hang Tuah (LRT Ampang Line & Monorail) serta persekitaran pusat beli-belah LaLaport yang menempatkan lebih 400 lot kedai pelbagai jenama.

Inisiatif ini menyokong agenda mobiliti bandar yang lebih cekap, moden dan berorientasikan pengguna, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui sistem pengangkutan awam yang bersepadu.

Untuk makluman lanjut : https://shorturl.at/ElRfU

MOTMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *