
KUALA LUMPUR | 17 JANUARI 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang negara demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam dua operasi bersepadu di Kompleks Kota Raya dan Galaxy Ampang Mall, Kuala Lumpur, seramai 217 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan hasil pemeriksaan ke atas 1,530 individu. Operasi ini dilaksanakan secara berhemah, profesional dan berintegriti, selaras pendekatan Smart Enforcement yang menitikberatkan keselamatan awam serta kedaulatan undang-undang.
KDN menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan terhadap mana-mana individu atau majikan yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan PATI digesa menyalurkan maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.
Keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
๐จPeringatan Kepada Orang Ramai & Majikan
JIM menegaskan agar tiada pihak melindungi atau menggaji PATI. Tindakan tegas undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang berbuat demikian.
Laporkan aduan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di saluran berikut:
๐ฌ๐ฏ-๐ด๐ด๐ด๐ฌ ๐ญ๐ฏ๐ฐ๐ณ
๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ๐๐ถ_๐ต๐พ@๐ถ๐บ๐ถ.๐ด๐ผ๐.๐บ๐
๐ต๐๐๐ฝ๐://๐ถ๐บ๐ถ.๐๐ฝ๐ฎ๐ฏ.๐ด๐ผ๐.๐บ๐
Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801338 / 1211 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.
๐Sumber:
Operasi Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia, Kuala Lumpur | 17 Januari 2026
