AMANAT YAB PERDANA MENTERI: KOMPAS HALA TUJU KDN 2026

6 Jan 2026

Berpandukan Majlis Perhimpunan Bulanan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Bersama dengan Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Januari 2026 dan Amanat Tahun 2026, Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memperkukuh peranan teras sebagai tonggak keselamatan, perpaduan dan kedaulatan negara.

Sebagaimana ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri, kestabilan dan keselamatan merupakan asas utama kekuatan negara. Sehubungan itu, KDN bersama seluruh jabatan dan agensi di bawahnya akan terus melaksanakan amanah rakyat dengan penuh integriti, ketegasan dan profesionalisme.

Usaha ini diterjemahkan melalui:
πŸ”Ή Menjamin keselamatan awam dan ketenteraman negara;

πŸ”Ή Memelihara kedaulatan undang-undang serta sempadan negara;

πŸ”Ή Memperkukuh perpaduan nasional dalam kepelbagaian;

πŸ”Ή Mempertingkat kecekapan perkhidmatan teras rakyat; dan

πŸ”Ή Mendukung reformasi, pendigitalan dan tadbir urus berintegriti

Amanat YAB Perdana Menteri menjadi panduan dasar utama kepada seluruh warga KDN untuk bergerak sebagai satu pasukan padu merentasi agensi, demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

KDN akan terus berkhidmat dengan amanah, keberanian dan ihsan β€” selari dengan nilai Malaysia MADANI.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *