
25 Disember 2025
Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memastikan setiap permohonan kewarganegaraan diproses secara telus, teratur dan berintegriti, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Malaysia MADANI.
Sehingga 15 Disember 2025, sebanyak 1,946 permohonan kewarganegaraan pemegang Pas Tetap (PR) telah diterima dan diselesaikan sepenuhnya, tanpa sebarang tunggakan:
• 1,368 permohonan lulus
• 491 permohonan ditolak
• 87 permohonan dibatalkan
• 0 permohonan masih dalam proses
Pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan KDN bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memberikan kepastian status kepada pemohon.
Di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, dengan komitmen YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, serta diterajui pengurusan tertinggi kementerian, KDN akan terus memastikan urusan berkaitan kewarganegaraan dilaksanakan secara adil, berlandaskan undang-undang dan mengutamakan kepentingan negara serta rakyat.
