
PENIPUAN PEKERJAAN DALAM TALIAN
ONSA 4 – MUKADIMAH
Tawaran kerja lumayan, pendapatan segera dan peluang bekerja dari rumah. Di sebalik janji manis ini, tersembunyi taktik sindiket penipuan pekerjaan (job scam) yang semakin licik memperdaya mangsa.
Individu yang terdesak mencari pekerjaan, menghadapi tekanan kewangan atau ingin menambah pendapatan antara golongan yang mudah menjadi sasaran. Namun, hakikatnya sesiapa sahaja boleh terpedaya jika tidak berwaspada.
Mengapa penipuan pekerjaan masih berleluasa walaupun pelbagai kempen kesedaran dilaksanakan? Adakah taktik sindiket semakin canggih sehingga sukar dibezakan antara tawaran pekerjaan sebenar dengan penipuan?
Laporan khas Jendela MADANI kali ini mengupas modus operandi sindiket, faktor mangsa mudah terpedaya serta langkah pencegahan, termasuk peranan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dalam memperkukuh perlindungan pengguna di ruang digital.
