𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐌𝐏𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐑𝐌𝟒𝟔 𝐉𝐔𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈

13 Ogos 2026

Ipoh Polis Perak telah merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM46.32 juta bagi tempoh Januari hingga 10 Ogos tahun ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata dadah dirampas membabitkan syabu, ekstasi, heroin dan ganja, yang merupakan jenis rampasan tertinggi di negeri ini.

Beliau berkata sebanyak 4,529 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun dan daripada jumlah tersebut sebanyak 4,327 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah.

“Bagi sitaan harta pengedar dadah tindakan di bawah Akta Perlucuthakan Harta 1988 terhadap kesemua pengedar dadah yang ditangkap telah menghasilkan rampasan pelbagai jenis harta benda termasuk rumah, tanah, barang kemas, kenderaan dan akaun bank bernilai lebih RM4.35 juta,” katanya.

Sumber: Bernama
📸 fotoBERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *