𝗕𝗟𝗢𝗞 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗥𝗖𝗜 𝗧𝗛

11 Ogos 2026

KualaLumpur : Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini dan tidak akan mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berkenaan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Tindakan itu dibuat, selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, yang meneruskan sesi penerangan tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan itu, Johari membenarkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar daripada sidang itu dan mesyuarat diteruskan mengikut aturan yang ditetapkan.

Berita dan

📸 fotoBERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *