
Tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat mungkin kelihatan menarik, namun ia boleh menjadi jerat scam yang menyebabkan kerugian besar.
⚠️ Berwaspada jika tawaran mempunyai tanda-tanda amaran TIPU:
❌ T – Tiada risiko kerugian (pelaburan kononnya sentiasa untung)
❌ I – Indah khabar dari rupa (mendakwa syarikat berlesen atau patuh syariah tanpa bukti sah)
❌ P – Peluang hanya sekali (mendesak anda membuat pelaburan dengan segera)
❌ U – Untung besar tidak munasabah dalam masa yang singkat
✅ Sebelum melabur:
🔎 Semak status syarikat atau individu melalui laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
📋 Rujuk Investor Alert List sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
💡 Dapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan dipercayai.
🚨 Jika anda menjadi mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda dengan segera.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮 Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Ingat! Jika sesuatu pelaburan kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, besar kemungkinan ia adalah penipuan.
