
15 Julai 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat apabila berjaya mengeluarkan 36,928 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu dalam tempoh hanya 13 hari, bermula 1 hingga 13 Julai 2026.
π¬ βTransformasi perkhidmatan awam perlu diterjemahkan melalui penyampaian yang pantas, cekap dan berintegriti. KDN akan terus memperkukuh sistem penyampaian demi memastikan setiap urusan rakyat dipermudah tanpa menjejaskan aspek keselamatan negara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Antara pencapaian utama yang direkodkan ialah:
β
36,928 pasport versi baharu dikeluarkan dalam 13 hari
β
23,491 pasport bagi tempoh sah laku 5 tahun
β
13,437 pasport bagi tempoh sah laku 10 tahun
β
Keupayaan pengeluaran sehingga 47,520 pasport sehari mengikut kapasiti operasi semasa
β
99 mesin pencetak pasport ditempatkan di 71 pejabat pengeluar pasport di seluruh negara bagi mempertingkat kecekapan perkhidmatan.
Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu turut dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan moden yang memenuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Penggunaan teknologi biometrik seperti pengecaman wajah dan cap jari membolehkan proses pengesahan identiti di pintu masuk negara dilaksanakan dengan lebih pantas, tepat dan selamat, sekali gus meningkatkan pengalaman pelanggan serta memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan Malaysia di peringkat antarabangsa.
KDN komited untuk terus memperkasa transformasi penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi digital, peningkatan kapasiti operasi dan penambahbaikan berterusan bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berintegriti.
Sumber: Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, 15 Julai 2026.
