𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗧𝗜𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗭𝗔, 𝗜𝗥𝗔𝗡

18 Jun 2026

Kazan : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu berhubung isu Gaza dan situasi geopolitik semasa yang melibatkan Iran.

Anwar berkata Rusia telah mengekalkan pendirian berprinsip terhadap kedua-dua isu berkenaan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas pendirian berhubung Gaza dan Iran. Anda telah mengambil pendirian yang sangat konsisten dan berprinsip,” kata beliau semasa berucap pada mesyuarat dua hala dengan Putin, pada Rabu.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia dan kebanyakan pihak lain mengagumi keteguhan serta keyakinan Putin dalam mempertahankan pendirian itu.

Sumber:
📸 fotoBERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *