🚨 IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL LAPORAN STATUS KESELAMATAN & PENGUATKUASAAN KDN

2 Jun 2026

💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan ketirisan dapat dibendung, bekalan negara kekal terpelihara dan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat operasi penguatkuasaan strategik secara bersepadu dalam mendepani cabaran krisis bekalan global yang memberi tekanan kepada rantaian bekalan, keselamatan ekonomi serta kestabilan negara. Pendekatan smart enforcement yang dilaksanakan melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan bekalan strategik negara kekal terjamin.

📊 Pencapaian Penguatkuasaan Mingguan (25 – 31 Mei 2026)

✅ 319 kes penguatkuasaan direkodkan
✅ 911 tangkapan keseluruhan berjaya dilaksanakan
✅ RM47.99 juta nilai rampasan keseluruhan
✅ RM1,057,689.50 rampasan mingguan terbesar dicatatkan

Operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi di bawah KDN termasuk penguatkuasaan maritim, kawalan sempadan, pemantauan logistik, pemeriksaan lori tangki, operasi anti-ketirisan subsidi serta tindakan terhadap sindiket penyeludupan yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi ketidaktentuan bekalan global.

✔️ Penguatkuasaan Bersepadu
✔️ Operasi Pintar Berasaskan Risiko
✔️ Keselamatan Bekalan Negara Diperkukuh
✔️ Ketirisan Dibendung Secara Menyeluruh

KDN akan terus memperkasakan kesiapsiagaan operasi, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, profesional dan berterusan demi melindungi kepentingan rakyat serta kedaulatan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *