
17 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗘𝗻𝗳𝗼𝗿𝗰𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan keselamatan negara dan kestabilan bekalan barangan kawalan sentiasa terpelihara sepanjang krisis bekalan global.
💬 “𝗞𝗗𝗡 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗺𝗽𝗿𝗼𝗺𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗴𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.”
— 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗡𝗮𝘀𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, Menteri Dalam Negeri
Sehingga 14 Mei 2026, sebanyak 𝟳𝟭𝟰 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 keseluruhan telah direkodkan melibatkan pelbagai kes ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan di seluruh negara. Dalam tempoh sama, nilai rampasan kumulatif KDNKA mencecah 𝗥𝗠𝟯𝟴.𝟱𝟲 𝗷𝘂𝘁𝗮 melibatkan 190 kes berkaitan barang kawalan.
Fokus operasi ketika ini turut tertumpu kepada 𝗢𝗽𝘀 𝗧𝗶𝗿𝗶𝘀 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 & 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 yang melibatkan 15 kes harian di 14 lokasi utama hasil tindakan bersepadu PDRM-KDNKA bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain.
Operasi ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat tidak menjadi mangsa manipulasi pasaran serta aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan negara.
KDN akan terus memperhebat operasi risikan, penguatkuasaan darat, sempadan dan laut secara bersepadu demi memastikan kedaulatan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.
Sumber: KDN
