338 TANGKAPAN KESELURUHAN: PENGUATKUASAAN DIPERKUKUH, KESELAMATAN TERPELIHARA

29 April 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dalam memastikan keselamatan negara kekal terjamin serta aktiviti jenayah dapat dibanteras secara menyeluruh.

💬“KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara bersepadu dan konsisten bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara serta tiada ruang untuk aktiviti jenayah.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Sehingga 26 April 2026, sebanyak 338 tangkapan keseluruhan telah direkodkan hasil operasi bersepadu melibatkan agensi utama KDN:
🔹 189 kes – JSJ D3
🔹 97 kes – KDNKA
🔹 31 kes – APMM
🔹 21 kes – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Pencapaian ini membuktikan keberkesanan koordinasi antara agensi dalam mengekang aktiviti penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan pelanggaran undang-undang yang boleh menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam melindungi rakyat serta memperkukuh kedaulatan undang-undang negara.

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *