𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊: 𝐈𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐓𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍, 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓

IPOH, 4 April 2026 — Di tengah-tengah kemeriahan Program MADANI Rakyat 2026 Perak, satu inisiatif tampil sebagai tumpuan utama yang benar-benar mencuri perhatian apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan topi keledar baharu secara percuma, sekali gus membuktikan bahawa isu keselamatan jalan raya terus mendapat tempat di hati masyarakat.

Program Pertukaran Topi Keledar percuma anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini memperlihatkan komitmen berterusan dalam memperkukuh aspek keselamatan jalan raya, dengan sebanyak 3,000 unit topi keledar diperuntukkan untuk diedarkan kepada pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran program berlangsung.

Orang ramai yang ingin mendapatkan topi keledar percuma disaran hadir lebih awal bagi memastikan peluang tidak terlepas. Pengunjung juga dikehendaki membawa MyKad serta topi keledar lama, rosak atau yang tidak lagi menepati spesifikasi semasa sebagai syarat penukaran.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, JPJ menyediakan lapan kaunter pendaftaran serta menggunakan sistem kupon bagi mengawal aliran pengunjung dan mengelakkan kesesakan.

Program MADANI Rakyat 2026 Perak akan melabuhkan tirainya esok. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang yang disediakan serta menikmati pelbagai pengisian bermanfaat yang ditawarkan.

Foto oleh: Mohd Najib bin Mohaini dan Muhamad Amir Irsyad Bin Omar (UKK JPM)

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmoShamsul Azri bin Abu BakarPejabat Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *