🚨 Jangan Benarkan Orang Lain Mengambil Kesempatan! 🚨

23 Mac 2026

Maklumat seperti ID Pengguna, kata laluan (PIN) dan OTP adalah kunci kepada akaun anda. Sekiranya anda berkongsi dengan pihak ketiga, anda sebenarnya telah menyerahkan kunci keselamatan kewangan anda.🏠🚪

Jadi, apa yang anda perlu lakukan?
1️⃣ Jangan percaya panggilan, mesej atau e-mel yang mencurigakan.
2️⃣ Jangan kongsi maklumat peribadi kepada sesiapa.
3️⃣ Hubungi bank anda sekiranya anda curiga!

Ingat, pihak bank TIDAK AKAN meminta maklumat ini melalui telefon, e-mel, atau mesej!

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

👀 Jaga Rahsia Anda, Lindungi Masa Depan Anda. Akaun ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA SEPENUHNYA💪

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *