𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛: 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗟𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗘𝗩𝗔𝗞𝗨𝗔𝗦𝗜, 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 – 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗔𝗗

7 Mac 2026

Seremban : Kerajaan secara dasar telah meluluskan pelan pemindahan atau evakuasi rakyat Malaysia dari kawasan berisiko di Timur Tengah dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa sekiranya keadaan memerlukan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kelulusan itu membolehkan kerajaan bertindak segera tanpa perlu menunggu keputusan baharu Kabinet jika situasi keselamatan di negara berkenaan bertambah buruk.

“Pelan evakuasi itu telah diluluskan Kabinet (boleh diaktifkan bila-bila masa).Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Luar serta agensi lain bersama-sama memantau keadaan ini dan pejabat kedutaan kita sentiasa dibuka.

“Jika keadaan benar-benar memerlukan, kita akan buat pelan evakuasi itu tetapi setakat hari ini tiada keperluan untuk mengaktifkan pelan evakuasi,” katanya selepas merasmikan Majlis Khatam al-Quran Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan dan Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan, hari ini.

📸 Izzul Ahmad | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *