🚨 ANDA ATAU KELUARGA MENJADI MANGSA PENIPUAN SIBER? 🚨

3 Mac 2026

Tindakan pantas boleh menyelamatkan wang anda! Jika anda atau ahli keluarga menjadi mangsa penipuan siber, BERTINDAK SEGERA!

Hubungi talian kecemasan 997 (NSRC) yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
💡 Tindakan pantas anda boleh:
✅ Membantu menyekat transaksi mencurigakan.
✅ Melindungi akaun kewangan anda.
✅ Mengurangkan kerugian wang.

JANGAN DIAM. LAPORKAN SEGERA!

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

TIP PENTING UNTUK ELAK PENIPUAN SIBER:
🔗 Jangan klik pautan mencurigakan dalam mesej atau emel.
🔐 Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA).
📲 Kemas kini perisian dan aplikasi secara berkala.

Lindungi diri. Lindungi keluarga. Lindungi masa depan anda.

Sources: Kementerian Dalam Negeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *