𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐍𝐈𝐏𝐀𝐇

30 Jan 2026

KKM sentiasa komited dalam memperkukuh langkah kesiapsiagaan negara bagi menghadapi risiko jangkitan penyakit Nipah, khususnya yang melibatkan potensi penularan rentas sempadan.

⚠️ Orang awam serta pengembara yang berkunjung ke kawasan berisiko adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri, mengelakkan sentuhan dengan haiwan yang sakit, serta tidak mengambil atau menggunakan produk yang disyaki tercemar.

Pengembara dari kawasan berisiko juga hendaklah memantau tahap kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan dengan segera di fasiliti kesihatan berdekatan sekiranya mengalami gejala.

✈️ Seiring dengan itu, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan melalui pelaksanaan saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), pengukuhan kapasiti makmal negara, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan, pelaksanaan amalan Pencegahan dan Kawalan Infeksi (IPC), serta pengukuhan kerjasama rentas sektor dan antara agensi.

🇲🇾 Walaupun Malaysia tidak melaporkan sebarang kes penyakit Nipah sejak tahun 1999, langkah berterusan ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam negara sentiasa terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *