🚨 AKAUN KELDAI & SCAM ADALAH JENAYAH SERIUS

28 Jan 2026

(Info Ringkas)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa akaun keldai (mule account) dan penyalahgunaan instrumen pembayaran merupakan antara taktik utama jenayah penipuan dalam talian yang memberi kesan besar kepada rakyat.

πŸ’¬ KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

β€œSubseksyen 424A Kanun Keseksaan merupakan peruntukan yang paling banyak digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dalam menyiasat jenayah penipuan dalam talian, khususnya melibatkan akaun keldai dan penyalahgunaan instrumen pembayaran.”

β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Individu yang meminjamkan akaun bank, kad ATM atau kad debit kepada pihak lain boleh didakwa di bawah undang-undang, walaupun bukan dalang utama sindiket.

βš–οΈ Hukuman jika sabit kesalahan:

  • Denda sehingga RM50,000
  • Penjara sehingga 5 tahun
  • Atau kedua-duanya sekali

πŸ“Œ Ingat!
Jangan sesekali berkongsi atau meminjamkan akaun anda.
Scam adalah jenayah. Undang-undang tidak berkompromi.

Sumber: Jawab Lisan Dewan Rakyat
Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas
πŸ—“ 27 Januari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *