πŸ‡²πŸ‡Ύ MyNIISe Pilihan No. 1 Pengguna

Info Ringkas

25 Disember 2025

Tahukah anda, MyNIISe kini muncul sebagai pilihan utama pengguna dalam urusan pelepasan imigresen digital di pintu masuk negara?

Sehingga 15 Disember 2025, aplikasi MyNIISe telah merekodkan 528,649 muat turun, manakala 241,232 pengguna berdaftar secara aktif, melibatkan warganegara Malaysia, Singapura serta pengguna dari 30 negara lain.

Pencapaian ini membuktikan keyakinan tinggi rakyat dan pelawat antarabangsa terhadap MyNIISe sebagai sistem imigresen digital yang pantas, selamat dan dipercayai, sejajar dengan usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh pengurusan sempadan negara melalui pendigitalan dan teknologi moden.

β€œPendigitalan sistem imigresen seperti MyNIISe bukan sahaja mempercepatkan proses pelepasan, malah meningkatkan tahap keselamatan serta keyakinan rakyat terhadap pengurusan sempadan negara.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

MyNIISe β€” Pilihan Pengguna. Pilihan No. 1.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *