Fahmi bertemu diaspora dan pelajar Malaysia di Tokyo

1 JUN 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Tokyo pada majlis makan malam.

“Peluang sebegini amat berharga bukan sahaja bagi mengeratkan silaturahim, tetapi juga untuk memahami dengan lebih dekat cabaran dan aspirasi anak-anak Malaysia di perantauan,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau turut nasihatkan para pelajar agar tidak lepaskan peluang mempelajari budaya kerja Jepun yang terkenal dengan disiplin tinggi dan ketepatan masa.

Jelas Fahmi, pengalaman yang diperoleh di sini mampu menjadi nilai tambah buat mereka apabila pulang kelak untuk berbakti kepada negara.

“Melihat semangat dan tekad mereka, saya yakin Malaysia memiliki masa depan yang cerah dengan bakat-bakat muda ini,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *