UAE Perhebat Misi Bantuan Makanan ke Gaza, Sasar 10 Juta Hidangan

GAZA, 13 Oktober – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyalurkan bantuan makanan ke Gaza menerusi lintasan Rafah, Mesir, di bawah misi kemanusiaan ‘Jambatan Kemanusiaan Ahmed bin Rashid’.

Bantuan dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum di Dubai ke El Arish, Mesir, sebelum dipindahkan ke trak untuk memasuki Gaza melalui lintasan Rafah.

Misi itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Inisiatif Global Mohammed Rashid Al Maktoum dan operasi ‘Chivalrous Knight 3’, dengan sasaran menyediakan lebih 10 juta hidangan makanan kepada penduduk Gaza.

Operasi logistik di El Arish merangkumi pemeriksaan kargo, penyediaan dan pemuatan bekalan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dihantar ke Semenanjung Gaza.

– Viory

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *