



KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2026 β Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang mewakili DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, pada Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 malam ini.
Anwar berkata, SUKMA yang dilancarkan pada 1986, genap 40 tahun lalu, merupakan cetusan ilham beliau ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan pada 1983.
Menurut beliau, temasya berkenaan terus berkembang sebagai medan menyatukan bakat, semangat dan daya juang atlet muda dari seluruh negara, termasuk penyertaan dari Brunei Darussalam.
Beliau turut merakamkan tahniah kepada Eliza Tan Ai Shen dari Selangor dan Cheah Zen Hong dari Pahang yang dinobatkan sebagai Atlet Wanita dan Atlet Lelaki Terbaik SUKMA XXII.
Lebih membanggakan, katanya, Selangor muncul sebagai Juara Keseluruhan SUKMA XXII, sekali gus melengkapkan kejayaan negeri itu sebagai tuan rumah temasya sukan berkenaan.
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor atas komitmen dan kerja keras menjayakan penganjuran SUKMA XXII, yang disifatkannya tersusun, meriah dan mencerminkan keupayaan Selangor mengangkat temasya sukan negara.
Beliau turut mengucapkan syabas kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan urus setia yang terlibat dalam menjayakan temasya tersebut.
Menurut Perdana Menteri, SUKMA bukan sekadar medan untuk mengejar pingat, sebaliknya berperanan penting dalam mencungkil bakat dan melahirkan juara yang berpotensi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Beliau turut menyeru generasi muda supaya terus berjuang dan mengasah bakat kerana diyakini sebahagian daripada mereka bakal menggalas nama Malaysia di pentas dunia pada masa hadapan.
βTahniah semua! Teruskan melangkah dan terus mengharumkan nama negara,β kata beliau – JM
