𝗜𝗠𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟: 𝗞𝗗𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗛 𝗦𝗠𝗔𝗥𝗧 𝗘𝗡𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧

𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔 | 12 Mei 2026 — Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan smart enforcement menerusi operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan pintar secara bersepadu bagi memastikan keselamatan negara, kestabilan bekalan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Sepanjang tempoh 12 April hingga 10 Mei 2026, sebanyak 159 kes direkodkan dengan nilai rampasan kumulatif mencecah 𝗥𝗠𝟮𝟱.𝟭𝟲 𝗷𝘂𝘁𝗮 melibatkan diesel, petrol, LPG dan barangan kawalan lain.

Dalam tempoh sama, seramai 623 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 direkodkan hasil operasi bersepadu melibatkan PDRM (KDNKA & JSJ D3), APMM dan JIM.

Bagi statistik harian pada 10 Mei 2026 pula, nilai rampasan harian direkodkan sebanyak 𝗥𝗠𝟭𝟰𝟱,𝟭𝟮𝟱.𝟱𝟬 melibatkan dua kes Ops Tiris serta tiga tangkapan di Kedah dan Sabah.

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *