𝗧𝗥𝗜𝗩𝗜𝗔 𝗛𝗨𝗧-𝟮𝟭 | 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗭𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗜𝗥𝗜 : 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

.
𝐓a𝐡u𝐤a𝐡 𝐚n𝐝a? Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-21 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), sebuah pencapaian penting telah direkodkan melalui siapnya Kompleks Zon Maritim Miri yang kini menjadi antara pemangkin utama pengukuhan operasi di perairan Sarawak!

🏢 Kompleks Zon Maritim Miri dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan peruntukan sebanyak RM118.29 juta, bagi menyediakan kemudahan operasi yang lebih optimum kepada Maritim Malaysia.

📌 Projek ini bermula pada 19 Jun 2020 dan telah siap sepenuhnya pada 27 September 2024, dengan tempoh tanggungan kecacatan selama 24 bulan sehingga September 2026.

Kompleks ini turut dilengkapi kemudahan strategik seperti:
✅ Pejabat pentadbiran
✅ Kuarters kediaman tujuh tingkat
✅ Surau
✅ Jeti dan ponton (rapid response)
✅ Rumah bot dan garaj bot

Dengan kemudahan ini, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh keupayaan rondaan, penguatkuasaan serta tindak balas pantas demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

‘𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔, 𝗦𝗔𝗠𝗨𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔’

.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *