𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗥𝗢𝗬𝗢𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞

KUANTAN 13 Februari 2026 – Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk berjaya dihasilkan menerusi program 𝘙𝘦𝘸𝘢𝘯𝘨 𝘞𝘦𝘭𝘤𝘰𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘥𝘢𝘯 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di Indera Mahkota di sini hari ini.

Program ini merupakan inisiatif Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan bagaikan satu tradisi setiap kali ketibaan bulan Ramadan.

Tambah menarik apabila pengeluar santan iaitu Kara Malaysia berbesar hati menaja bahan utama resepi bubur lambuk Pahang iaitu santan.

Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM bukan sekadar bersama-sama memasak tetapi turut bermesra mengeratkan lagi jalinan silaturahim dan berkongsi rezeki bersama warga UIAM terutama kepada para pelajar.

Selain universiti, Paduka Baginda turut berkenan berangkat ke beberapa penjara sepanjang Ramadan ini untuk memasak bubur lambuk dan berkongsi rezeki dengan penghuni penjara. – KESULTANAN PAHANG

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *