𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗭𝗠𝗟𝗗 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗗𝗜 𝗝𝗘𝗧𝗜 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗟𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗧𝗨

𝟳 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu telah mengadakan latihan pengendalian ikatan hujung tali di Jeti Perikanan Lahad Datu pagi tadi.

Latihan ini melibatkan seramai 19 anggota bot ZMLD bagi meningkatkan kemahiran pengendalian tali dan teknik ikatan yang betul.

Latihan dikendalikan oleh Bintara Muda Maritim Suut Bin Kinchong dan Laskar Kanan Maritim Hamzah Bin Lahibang manakala jurulatih jemputan daripada Jabatan Laut Sabah Cawangan Lahad Datu, Encik Abd Safar bin Tambuyung dan Emcik Muhamad Jaya bin Biskai, turut hadir memberi tunjuk ajar.

Latihan ini bertujuan memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi di jeti, meningkatkan koordinasi antara anggota dalam tugasan harian, memperkukuhkan disiplin dan profesionalisme serta mempersiapkan anggota menghadapi situasi kecemasan semasa operasi laut.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *