𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗥𝗘𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗞 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔

5 Feb 2026

KUALA LUMPUR:

Seramai 67 Warganegara Indonesia telah dipindahkan ke negara asal menerusi urusan pemindahan dari Depot Tahanan Imigresen Malaysia.

Pemindahan tersebut melibatkan golongan rentan termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, individu sakit serta orang kurang upaya yang tidak berkemampuan dari segi kewangan. Urusan pemindahan dilaksanakan melalui dua penerbangan iaitu Garuda Indonesia ke Jakarta melibatkan 39 orang dan AirAsia ke Medan melibatkan 28 orang.

Proses pemindahan ini dilaksanakan dengan kerjasama antara JIM dengan piham Kedutaan Besar Republik Indonesia bagi memastikan proses berjalan lancar dan teratur. Keseluruhan kos pemindahan ke negara asal ditanggung sepenuhnya oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *