KES LEMAS DI NEGERI PERAK – NOVEMBER 2026

Musim Monsun Timur Laut yang sedang melanda negara meningkatkan risiko kejadian kepala air, arus deras dan banjir kilat, khususnya di kawasan sungai, air terjun serta kawasan rekreasi air.

Berdasarkan rekod insiden yang dikumpulkan sehingga 12 November 2026, sebanyak 4 insiden berkaitan lemas dan mangsa hanyut telah direkodkan di Negeri Perak.

Ringkasan kejadian:

  • 8 November 2026 – Air Terjun Taman Suria, Taiping.
  • 9 November 2026 – Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor.
  • 10 November 2026 – Sungai Jahang, Gopeng.
  • 11 November 2026 – Sungai Jalong.

Daripada rekod tersebut, 3 mangsa dilaporkan meninggal dunia manakala 1 kes melibatkan mangsa dikhuatiri lemas.

NASIHAT KESELAMATAN JBPM NEGERI PERAK

  1. Elakkan aktiviti mandi-manda dan berenang di sungai serta air terjun ketika musim hujan.
  2. Jangan menghampiri kawasan sungai yang berarus deras.
  3. Patuhi arahan pihak berkuasa dan papan tanda amaran.
  4. Awasi anak-anak ketika berada berhampiran kawasan berair.
  5. Hentikan aktiviti rekreasi air sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Jangan mengambil risiko demi keseronokan sementara. Keselamatan diri dan keluarga hendaklah sentiasa menjadi keutamaan.

SEKALI AIR DERAS, NYAWA BOLEH TERANCAM.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Kecemasan? Hubungi 999.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *