𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 – 𝗣𝗠

31 Oktober 2026

KotaBharu Kerajaan akan terus memperkukuh pembangunan pendidikan Islam di Kelantan menerusi penyaluran bantuan kewangan berterusan, penaiktarafan prasarana dan pemerkasaan institusi pengajian tradisional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata komitmen itu diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif bersasar bagi memastikan institusi pendidikan Islam di Kelantan khususnya sekolah agama dan pondok beroperasi dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM9.36 juta kepada 23 institusi pendidikan Islam di Kelantan pada 2025 manakala sebanyak RM6.628 juta diluluskan tahun ini bagi membiayai 42 institusi lain.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *