🚨 𝘼𝙒𝘼𝙎! “𝙆𝙀𝙇𝘿𝘼𝙄 𝙎𝙄𝙈” – 𝙉𝙊𝙈𝘽𝙊𝙍 𝙏𝙀𝙇𝙀𝙁𝙊𝙉 𝘿𝙄𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙏𝘼𝙎 𝙉𝘼𝙈𝘼 𝘼𝙉𝘿𝘼 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝘿𝙄𝙂𝙐𝙉𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙎𝘾𝘼𝙈𝙈𝙀𝙍! 🚨

11 Julai 2026

Ramai yang mengenali istilah “𝗸𝗲𝗹𝗱𝗮𝗶 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻”, tetapi tahukah anda bahawa kini wujud juga “𝗞𝗲𝗹𝗱𝗮𝗶 𝗦𝗜𝗠” atau keldai nombor telefon?

Sindiket penipuan menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama individu lain bagi menyembunyikan identiti sebenar mereka. Apabila sesuatu jenayah disiasat, nombor tersebut akan dijejaki kepada pemilik yang berdaftar, walaupun pemilik sebenar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

📌 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗡𝗗𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗙𝗢𝗡 𝗜𝗡𝗜?

🔹 Ada individu yang sanggup mendaftarkan kad SIM menggunakan nama sendiri dan menjualnya kepada sindiket demi mendapatkan wang segera.

🔹 Maklumat kad pengenalan (IC) yang hilang, bocor atau dicuri disalahgunakan untuk mendaftarkan kad SIM tanpa pengetahuan pemilik.

🔹 Segelintir ejen yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan maklumat pelanggan untuk mendaftarkan kad SIM secara tidak sah.

🔹 Mangsa diperdaya untuk berkongsi nombor telefon atau kod OTP/TAC kononnya bagi tujuan pengesahan, sedangkan ia digunakan untuk membuka akaun komunikasi atau perkhidmatan digital bagi tujuan jenayah.

🔹 Mangsa diperdaya dengan tawaran kerja sambilan dengan tawaran komisen yang tinggi.

🚨 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗖𝗔𝗠𝗠𝗘𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧?

❌ Menyamar sebagai polis, bank, mahkamah atau agensi kerajaan.

❌ Menghantar SMS yang mengandungi pautan phishing atau fail APK berbahaya.

❌ Membuka akaun WhatsApp, Telegram dan platform lain untuk menyamar sebagai ahli keluarga atau rakan sebelum memperdaya mangsa.

⚠️ 𝗥𝗜𝗦𝗜𝗞𝗢 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥

Walaupun anda tidak terlibat secara langsung, jika nombor telefon itu didaftarkan atas nama anda, anda mungkin:

🔸 Dipanggil memberi keterangan atau disiasat oleh pihak berkuasa.

🔸 Berdepan tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti penglibatan atau kecuaian mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

🔸 Menghadapi kesukaran mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi jika nombor tersebut disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi.

🛡️ 𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗗𝗔

✅ Jangan sesekali menjual atau meminjamkan kad SIM yang didaftarkan atas nama anda.

✅ Jangan dedahkan kod OTP/TAC kepada sesiapa walau apa jua alasan yang diberikan.

✅ Semak nombor telefon yang didaftarkan menggunakan kad pengenalan anda dengan syarikat telekomunikasi. Jika terdapat nombor yang tidak dikenali, segera minta ia ditamatkan dan buat laporan polis.

📢 Ingat! Nombor telefon bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga identiti digital anda. Jangan biarkan ia disalahgunakan oleh penjenayah.

🚨𝙋𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂𝘼𝙏𝘼𝙉 : 𝙎𝙀𝙆𝙄𝙍𝘼𝙉𝙔𝘼 𝘼𝙉𝘿𝘼 𝘿𝙄𝙃𝙐𝘽𝙐𝙉𝙂𝙄 𝙈𝙀𝙉𝙂𝘼𝙏𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙉𝙊 𝘿𝙄𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝙆𝘼𝙉 𝘼𝙏𝘼𝙎 𝙉𝘼𝙈𝘼 𝘼𝙉𝘿𝘼 𝘿𝙄𝙂𝙐𝙉𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙏𝙐𝙅𝙐𝘼𝙉 𝙅𝙀𝙉𝘼𝙔𝘼𝙃, 𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙋𝘼𝙉𝙄𝙆 & 𝘽𝙀𝙍𝙏𝙀𝙉𝘼𝙉𝙂. 𝙈𝘼𝙏𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙋𝘼𝙉𝙂𝙂𝙄𝙇𝘼𝙉. 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙆 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙋𝙄𝙃𝘼𝙆 𝙏𝙀𝙇𝘾𝙊 𝙆𝙀𝙍𝘼𝙉𝘼 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝙅𝘼𝘿𝙄 𝙋𝙀𝙈𝘼𝙉𝙂𝙂𝙄𝙇 𝙏𝙀𝙍𝙎𝙀𝘽𝙐𝙏 𝙎𝘾𝘼𝙈𝙈𝙀𝙍. 𝙎𝙀𝙆𝙄𝙍𝘼𝙉𝙔𝘼 𝙎𝙀𝙈𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙏𝙀𝙇𝘾𝙊 𝙏𝙀𝙇𝘼𝙃 𝘿𝙄𝘽𝙐𝘼𝙏 & 𝘽𝙀𝙉𝘼𝙍. 𝙎𝙄𝙇𝘼 𝙆𝙀 𝘽𝘼𝙇𝘼𝙄 𝙋𝙊𝙇𝙄𝙎 𝘽𝙀𝙍𝙃𝘼𝙈𝙋𝙄𝙍𝘼𝙉 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙈𝙀𝙈𝘽𝙐𝘼𝙏 𝙇𝘼𝙋𝙊𝙍𝘼𝙉 𝙋𝙊𝙇𝙄𝙎.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *