🚨 IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL LAPORAN STATUS KESELAMATAN & PENGUATKUASAAN KDN

2 Jun 2026

πŸ’¬ β€œPenguatkuasaan yang berkesan bukan sekadar membanteras ketirisan, tetapi memastikan hak rakyat terus dilindungi dan kestabilan bekalan negara sentiasa terjamin.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh pendekatan Smart Enforcement menerusi operasi bersepadu dan perkongsian maklumat strategik bagi membanteras penyeludupan, ketirisan barangan bersubsidi serta aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sepanjang tempoh 12 April hingga 30 Mei 2026, pelbagai operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dengan pencapaian yang memberangsangkan:

βœ… RM47.98 JUTA nilai rampasan direkodkan

βœ… 243 KES berjaya dibongkar melibatkan diesel, petrol dan LPG

βœ… 249 TANGKAPAN dilaksanakan oleh PDRM-KDNKA

βœ… 505 TANGKAPAN KUMULATIF direkodkan oleh PDRM JSJ D3

βœ… Kerjasama strategik melibatkan PDRM, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi penguat kuasa berkaitan

Pecahan Penguatkuasaan Mengikut Agensi:

πŸ”Ή PDRM-KDNKA
243 kes | RM47.99 juta nilai rampasan | 249 tangkapan

πŸ”Ή APMM
20 kes | RM2.25 juta nilai rampasan | 92 tangkapan

πŸ”Ή PDRM JSJ D3
50 kes | 505 tangkapan melibatkan rampasan kenderaan dan telefon bimbit

πŸ”Ή JIM
5 kes | 58 tangkapan melibatkan rampasan kenderaan

KDN akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan secara bersepadu di darat, laut dan pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan negara, integriti sempadan serta kestabilan bekalan domestik sentiasa terpelihara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *