𝗦𝗜𝗧𝗨𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗛𝗢𝗨𝗦𝗘 𝗗𝗜 𝗨𝗡𝗜𝗙𝗜𝗟 𝗛𝗤, 𝗡𝗔𝗤𝗢𝗨𝗥𝗔

Kementerian Pertahanan memaklumkan bahawa satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenal pasti telah berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL HQ), Naqoura pada 12 Mei 2026.

Insiden tersebut mengakibatkan kerosakan kecil pada Malaysia House yang menempatkan Pegawai Staf Tentera (PST) Malaysia di bawah UNIFIL HQ. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan kerana semua anggota berada di dalam bunker semasa kejadian berlaku susulan arahan keselamatan yang telah dikeluarkan lebih awal.

Kementerian Pertahanan melalui Markas Angkatan Bersama akan terus memantau rapat situasi semasa di kawasan operasi serta bekerjasama dengan pihak UNIFIL dan elemen berkaitan bagi memastikan keselamatan anggota Malaysia sentiasa terpelihara.

𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗔𝗠𝗘𝗗 𝗞𝗛𝗔𝗟𝗘𝗗 𝗕𝗜𝗡 𝗡𝗢𝗥𝗗𝗜𝗡
13 Mei 2026

MindefMalaysia

MindefUpdate

ATM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *