𝗞𝗗𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗙𝗥𝗔𝗦𝗧𝗥𝗨𝗞𝗧𝗨𝗥 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧

𝗞𝗨𝗗𝗔𝗧, 𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 — Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan kemudahan dan infrastruktur keselamatan negara sentiasa berada pada tahap terbaik demi menjamin kesejahteraan rakyat serta kelancaran penyampaian perkhidmatan kepolisan.

Komitmen tersebut dizahirkan menerusi lawatan kerja YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat bagi meninjau sendiri keadaan semasa serta tahap kerosakan melibatkan bangunan IPD dan beberapa balai polis di daerah ini.

Turut hadir, YBrs. Puan Ainah binti Mohd Soon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN dan YBrs. Encik Ahmad Fuad bin Apandi, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN.

Tinjauan tersebut memberi fokus kepada keperluan pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti pasukan keselamatan agar persekitaran kerja anggota lebih kondusif, selamat dan selesa, di samping memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan kepolisan yang cekap, responsif dan berkesan.

Hasil lawatan ini akan dijadikan input penting dalam penyediaan permohonan peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara sebagai keutamaan.

KDN akan terus memperkasa kesiapsiagaan aset dan infrastruktur keselamatan negara secara holistik demi menjamin ketenteraman awam serta keyakinan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

MalaysiaMADANI#KDNMADANI#PolisDirajaMalaysia#IPDKudat#KeselamatanTanggungjawabBersama#PeopleCentric

Sumber dan Foto:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) / IPD Kudat, 8 Mei 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *