
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia terus memperkasa pengurusan migrasi negara melalui pelaksanaan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗥𝗲𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗶𝗴𝗿𝗮𝗻 𝟮.𝟬 (𝗣𝗥𝗠 𝟮.𝟬) sebagai pendekatan 𝗽𝗲𝗼𝗽𝗹𝗲-𝗰𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗰 dan penguatkuasaan berhemah bagi memberi peluang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk pulang ke negara asal secara sukarela tanpa tindakan pendakwaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
📅 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻:
1 Mei 2026 hingga 31 Mei 2027
💳 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗮𝘂𝗻 𝗠𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺:
🔹 RM500 – Masuk dan tinggal tanpa pas/permit sah
🔹 RM500 – Tinggal melebihi tempoh dibenarkan
🔹 RM300 – Melanggar syarat pas
🔹 RM20 – Bayaran Pas Khas (termasuk kanak-kanak yang dikecualikan kompaun)
📌 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻:
✅ Mempunyai pasport atau dokumen perjalanan sah
✅ Tiket penerbangan pulang dalam tempoh tidak melebihi 14 hari
✅ Hadir ke 14 pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Labuan
✅ Bayaran hanya melalui kad debit/kredit atau Touch ‘n Go eWallet
🚫 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗟𝗮𝘆𝗮𝗸:
❌ Pernah mendaftar PRM tetapi gagal keluar negara
❌ Disenarai hitam atau mempunyai waran tangkap
❌ Pasangan kepada warganegara Malaysia (perlu rujuk kaunter visa)
📍 Permohonan adalah secara 𝗪𝗔𝗟𝗞-𝗜𝗡 sahaja.
🔗 Maklumat lanjut: www.imi.gov.my
📞 Talian Pertanyaan: 03-8880 1269
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
