𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐋𝐀: 𝐆𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

IPOH, 5 April 2026 — Inisiatif berjiwa rakyat yang digerakkan oleh pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berjaya mencuri perhatian pengunjung apabila menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma sempena Program MADANI Rakyat 2026 Perak yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, di sini.

Tampil beruniform lengkap, anggota RELA bukan sahaja menjalankan peranan hakiki dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam, malah memperluas fungsi mereka dengan mendekati masyarakat melalui pendekatan mesra rakyat yang signifikan. Perkhidmatan gunting rambut percuma itu dilihat sebagai nilai tambah yang memberi manfaat langsung kepada pengunjung daripada pelbagai lapisan usia.

Tinjauan mendapati reruai RELA sentiasa dikunjungi orang ramai, sekali gus mewujudkan suasana meriah sepanjang program berlangsung. Kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa dilihat tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat gunting rambut secara percuma.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *