𝐊𝐏𝐈 𝐉𝐏𝐉 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐓, 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍 – 𝐋𝐎𝐊𝐄

GOMBAK (SELANGOR)

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam setiap operasi penguatkuasaan adalah mengurangkan kadar kemalangan maut dan bukannya semata-mata mengeluarkan saman kepada pengguna jalan raya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, wujud persepsi segelintir pihak termasuk media yang menganggap kerja hakiki JPJ hanya tertumpu kepada pengeluaran saman, terutamanya menjelang musim perayaan.

“Saya nak tegaskan bahawa tujuan kita bukannya nak keluarkan saman. Tujuan kita ialah untuk memastikan semua orang patuh kepada undang-undang jalan raya.

“KPI kita bukannya keluarkan berapa saman, tetapi KPI kita ialah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ini adalah misi kita dalam Kementerian Pengangkutan dan JPJ,” katanya ketika berucap sempena operasi khas Aidilfitri JPJ Kuala Lumpur di Stesen Penguatkuasa Gombak hari ini.

Sumber /Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *