𝗟𝗢𝗥𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗥𝗔𝗙𝗜𝗞

17 Mac 2026
(Info Ringkas)

Bagi membantu melancarkan aliran trafik sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, satu lorong tambahan sementara akan dibuka di kawasan projek pelebaran lebuh raya di Johor seperti berikut:

Lokasi : KM45.1 – KM42.5 (Arah Selatan)
Laluan: Simpang Renggam – Sedenak
Tarikh: 18 Mac – 5 April

Sepanjang tempoh ini, pengguna lebuh raya akan menikmati 3 lorong trafik berbanding 2 lorong sebelum ini bagi meningkatkan kapasiti dan mengurangkan kesesakan di kawasan projek.

Nasihat kepada pengguna lebuh raya:

  • Patuhi had laju yang ditetapkan
  • Kekalkan jarak selamat antara kenderaan
  • Elakkan menukar lorong secara mengejut
  • Sentiasa peka dengan keadaan trafik semasa

Rancang perjalanan anda dengan bijak dan utamakan keselamatan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

PLUS_Safety

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *