𝐑𝐌𝟒𝟗𝟎,𝟑𝟖𝟎.𝟎𝟎 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐇𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆

20 Feb 2026

YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Ahli Parlimen Sepang telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Parlimen Sepang yang berlangsung di perkarangan Masjid Al-Makmur Kampung Tanjung Sepat.

Sebanyak 40 buah masjid menerima sumbangan berjumlah RM1,500 setiap masjid, manakala 20 buah Surau Solat Jumaat menerima RM750 setiap surau bagi menyokong aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ramadan.

YB Datuk Hjh Aiman Athirah turut mengumumkan sejumlah RM490,380.00 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan termasuk Iftar KASIH, Kotak KASIH Ramadan Kareem, Edaran Juadah Sahur serta Ziarah KASIH yang memberi manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat di seluruh Parlimen Sepang. Jumlah ini termasuklah sumbangan yang turut diterima daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan strategik Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang.

11 KETUA KAMPUNG

Dalam majlis yang sama, seramai 11 orang Ketua Kampung telah menerima Kotak KASIH Ramadan Kareem dengan agihan tidak kurang 20 kotak bagi setiap kampung untuk diedarkan kepada penerima yang bekeperluan mengikut senarai nama yang telah dihantar kepada Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sepang.

YB Datuk turut berkesempatan berbuka puasa bersama komuniti setempat di masjid sekali gus mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa institusi masjid dan surau sebagai pusat ibadah, kebajikan serta pengukuhan ukhuwah dalam komuniti khususnya di Parlimen Sepang.

“𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐮𝐫𝐧𝐢 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈”

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *