𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 & 𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗪𝗔𝗥𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗛, 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗕𝗡𝗔𝗡

LUBNAN, 5 Februari 2026 – MALBATT 850-13 dengan kerjasama Marakah Municipality dan Mouvement Social (NGO) telah berjaya melaksanakan Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Alatan Mewarna kepada para pelajar di Marakah Education Centre.

Program ini dilaksanakan melalui MAKANI Program yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak tercicir dan kurang berkemampuan berusia antara 5 hingga 14 tahun, sebagai usaha berterusan meningkatkan akses dan kualiti pendidikan awal di kawasan setempat. Selain penyerahan sumbangan, aktiviti pendidikan berasaskan pembelajaran interaktif turut dilaksanakan melalui penggunaan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Kit serta aktiviti mewarna yang mencetuskan kreativiti dan minat belajar dalam kalangan kanak-kanak.

Pada masa yang sama, Key Leader Engagement (KLE) turut diadakan melibatkan perjumpaan antara Mayor Marakah, Mr Adel Saad dengan Timbalan Komander MALBATT 850-13, Lt Kol Zain Azrai bin Hj Karia di Bangunan Marakah Municipal, yang turut disusuli dengan penyerahan sumbangan bantuan kemanusiaan sebagai simbol kerjasama erat dan komitmen bersama dalam menjaga kebajikan komuniti setempat.

Pelaksanaan program ini mencerminkan peranan aktif MALBATT 850-13 di bawah panji UNIFIL dalam menyokong pembangunan komuniti, khususnya dalam bidang pendidikan, sejajar dengan misi kemanusiaan dan keamanan sejagat.

M13DutyHonourSacrifice

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *