𝟱𝟯 𝗞𝗥𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗥𝗠𝟱𝟭𝟮 𝗝𝗨𝗧𝗔.

𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) di kedudukkan 24 batu nautika barat Muka Head, Pulau Pinang pada Khamis lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata,, kira-kira pukul 1.00 pagi itu, bot peronda Maritim Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan berhubung kapal tangki itu dalam keadaan bersauh dan disyaki mereka melakukan aktiviti pemindahan minyak yang melibatkan dua buah kapal tangki di perairan itu.

Beliau memaklumkan, pemeriksaan mendapati kedua – dua kapal itu dalam keadaan bergandingan dan disyaki melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal.

“Kedua – dua kapal terbabit dipercayai melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah yang melibatkan 53 orang kru, dimana kesemua kru terdiri daripada warga China, Myanmar, Iran, Pakistan dan India.”

“Nilai rampasan minyak mentah adalah berjumlah lebih RM512 juta, manakala nilai rampasan bagi kedua-dua kapal tangki tersebut adalah RM718 juta.

Jelas Muhammad Suffi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang membawa hukuman sebanyak RM100 ribu dan Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan aktiviti kapal ke kapal (ship to ship transfer) tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang membawa hukuman sebanyak RM 200ribu ke atas kedua- dua vesel.

“Dua kapten kapal dan vesel terlibat telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan, Maritim Negeri Pulau Pinang akan terus mempertingkatkan rondaan di perairan negeri ini untuk memastikan semua aktiviti di laut mematuhi peruntukan undang – undang sedia ada

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *