𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦𝗔𝗡, 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥-𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡

19 Jan 2026

Kuala Lumpur : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan dengan menitahkan supaya amalan rasuah diperangi secara besar-besaran, dengan tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang.

Seri Paduka Baginda bertitah usaha membanteras rasuah tidak boleh tertumpu hanya kepada penerima rasuah, sebaliknya pemberi rasuah, ejen atau mana-mana pihak yang bersubahat turut perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas.

“Saya pernah menyebut sebelum ini bahawa saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya menemuinya. Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga ke peringkat tertinggi. Agaknya selepas ini saya patut melantik seorang sarjan sahaja sebagai Panglima Angkatan Tentera,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara hari ini.

📸 BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *