𝐏𝐄𝐍𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐊𝐋𝐈𝐀 𝐓𝟏, 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆

3 Jan 2026

Sepang Penempatan semula mesin pengimbas berteknologi tinggi di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, yang bermula semalam, bukan sahaja membantu melancarkan pergerakan penumpang tetapi juga meningkatkan pengesanan penyeludupan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata sebelum ini, penumpang perlu melalui dua pos pemeriksaan (check point) iaitu di jambatan penghubung (link bridge) dan saringan keselamatan (gate screening security) yang dioperasikan oleh Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd.

📸 Faisal Jaafar | Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *